Saturday, 16 April 2016

OBJEKTIF LAPORAN


            Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar diploma semester 4 dan bagi pelajar sijil semester 3. Disamping itu, pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan industri yang dijalankan sepanjang semester itu . laporan ini mengenai catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan latihan industri:-

1)    Dapat merekod atau catat apa yang dilakukan ketika latihan teknikal dilakukan.
2)   Menerangkan secara terperinci setiap langkah yang dilakukan ketika teknikal.
3) Selain itu, objektif Buku laporan harian latihan industri ini juga untuk membantu pegawai organisasi menilai setiap latihan pelajar yang menjalani latihan industri ditempat mereka. Buku laporan tersebut perlu dihantar kepada pegawai berkenaan pada setiap dua minggu sekali untuk disemak dan di tandatangan serta cop.
4)  Laporan latihan industri ini juga dapat memudahkan pensyarah kerja atau aktiviti pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
5)  Dapat dijadikan bahan rujukan selepas sahaja tamat latihan industri. Supaya ilmu yang diperlajari tidak di sia-sia begitu sahaja.


6)    Dapat mempraktikan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga 3.

Misteri

Author & Editor

Wan Muhammad Mukmin Bin Wan Mokhtar seorang Pelajar Jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).Belajar di Politeknik Balik Pulau.