Saturday 16 April 2016

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR           

            Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus DiplomaTeknologi Maklumat, ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.
            Ketika menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar.
            Latihan industri ini juga penting agar pelajar tidak takut untuk menghadapi apa-apa kesilapan ketika melakukan kerja. Ini kerana sekiranya pelajar berkenaan telah melakukan kesilapan, ia akan belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
            Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. Latihan industri sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.



Misteri

Author & Editor

Wan Muhammad Mukmin Bin Wan Mokhtar seorang Pelajar Jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).Belajar di Politeknik Balik Pulau.