KESIMPULAN
Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk semua pelajar Politeknik Balik Pulau. Melalui sesi Latihan Industri, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar juga didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan.
Namun begitu, pelajar itu tidak seharusnya hanya menunggu kerana meraka patut bijak mencari peluang untuk mengutip pengalaman kerana sesuatu itu tidak akan hadir tanpa sebarang usaha.Melalui pengalaman ini,diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjol dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.Sepanjang penulis menjalani latihan industri di Sekolah Kebangsaan taman suria ini, terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan penulis dan orang lain kelak.
Salah satu perkara yang penulis dapat lalui dalam latihan industri di sekolah ini ialah kebolehan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan orang ramai.Seperti yang dimaklumkan didalam penulisan laporan ini, penulis begitu banyak berkomunikasi berbagai kaum dan bangsa dan penulis juga sudah diterapkan cara-cara berkomunikasi dengan baik. Setiap daripada mereka mahukan yang terbaik daripada sekolah ini. Status pelajar praktikal atau latihan industri ini bukan penghalang dan alasan untuk tidak melakukan suatu tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh.
Selain itu juga pengkongsian pengalaman dan ilmu daripada pelatih pratikal syarikat dan lain-lain yang lebih berpengalaman turut juga ingin membantu. Di sini pelajar dan pelatih menukar idea,ilmu dan pengalaman mereka bagi menyelesaikan sesuatu masalah terutama yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi.