KOMEN & CADANGAN
Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.
Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri:
Pihak Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) Politeknik Balik Pulau.
i. Pihak UPLI Politeknik Balik Pulau disyorkan supaya mengumpul maklumat mengenai tempat-tempat yang kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri agar dapat dipastikan bahawa premis berkenaan betul-betul akan memberi manfaat yang berguna kepada pelajar kelak.
ii. Pihak Politeknik Balik Pulau haruslah kerap memantau pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan agar firma yang berkenaan tidak akan menyalahgunakan atau mempergunakan kakitangan praktikal untuk membuat kerja- kerja mereka yang tidak berkaitan sama sekali dengan apa yang dipelajarinya.
2. Firma/Organisasi yang Berkenaan
i. Setiap syarikat sepatutnya memberikan penerangan tentang tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar.
ii. Adalah diharapkan supaya pihak firma memberikan tunjuk ajar dan maklumat yang berguna kepada anak buah mereka dan tidak mementingkan organisasinya semata-mata.
iii. Diharapkan supaya pihak firma tidak menyalahgunakan staf praktikal yang akan menjalani latihan di premis mereka.
iv. Sesetengah syarikat yang memberi tugas di luar bidang pengajian pelajar yang mengakibatkan pelajar tersebut sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang diberi. Ia juga menyebabkan pelajar gagal untuk memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen terhadap tugasan.