Saturday, 16 April 2016

PENGENALAN


Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik.  Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan adanya latihan industri seperti ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat perkejaan kelak.

Saya, Wan Muhammad Mukmin Bin Wan Mokhtar, pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Politeknik Balik Pulau sebagai pelajar Politeknik mesti lulus dalam peperiksaan akhir semester tiga iaitu Latihan Industri, para pelajar akan dihantar ke pelbagai organisasi kerajaan atau swasta. Walaubagaimanapun, tempat latihan yang sesuai atau yang diigini oleh pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

  •  Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar.
  • Kekosongan tempat latihan yang dipohon.
  • Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar di institusi pengajian


Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan berjaya.


   










Misteri

Author & Editor

Wan Muhammad Mukmin Bin Wan Mokhtar seorang Pelajar Jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).Belajar di Politeknik Balik Pulau.