Sunday, 17 April 2016

Misteri

RUJUKAN


https://www.youtube.com/watch?v=yruPUj_61bw&list=PL3CEC0EC5BF058178 (mempelajari menggunakan autodesk 2013)

http://www.theblogstarter.com (cara-cara memulakan blog)
Misteri

PERAKUAN PELAJAR

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali apa-apa penulisan yang telah saya jelaskan sumbernya. Setiap apa yang tercatat merupakan latihan yang saya akui saya lakukan ketika menjalankan latihan industri di INFIRU Dynamic Enterprise.



Tandatangan   
                 
Nama Pelajar             : WAN MUHAMMAD MUKMIN BIN WAN MOKHTAR
No.Kad Pengenalan   : 961205-08-57**
No.Pendaftaran          : 21DIP14F1100


Disahkan oleh
............................

(                               )

Misteri

PENGHARGAAN

TEAM MOLDING BLOCK C

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan laporan akhir latihan industri ini. Kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang banyak membantu saya dalam menguruskan hal berkaitan dengan latihan industri dan di atas segala pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani latihan industri dalam keadaan yang sempurna.

Tidak lupa juga kepada Penyelia dan Penyelaras  saya Encik Mohd Asadi Bin Rawi @ Abdullah kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu dan pengalaman sepanjang berkidmat di FLEX MOLDING DEPARTMENT.  Juga jutaan terima kasih kepada staf-staf yang berkhidmat di BLOK C yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar dalam segala ilmu yang dicurahkan.  Segala jasa kalian semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pelajar senior Politeknik Balik Pulau serta sahabat-sahabat yang telah membantu serba sedikit semasa saya menjalani latihan industri dan dalam penulisan laporan akhir latihan industri.





Misteri

KOMEN & CADANGAN

Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk  memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental. 

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja  atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.
         
Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri:



Pihak Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) Politeknik Balik Pulau.

i.   Pihak UPLI Politeknik Balik Pulau disyorkan supaya mengumpul maklumat mengenai tempat-tempat yang                 kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri agar dapat dipastikan bahawa premis           berkenaan betul-betul akan memberi manfaat yang berguna kepada pelajar kelak.

ii.  Pihak Politeknik Balik Pulau haruslah kerap memantau pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan agar firma       yang berkenaan tidak akan menyalahgunakan atau mempergunakan kakitangan praktikal untuk membuat kerja-     kerja mereka yang tidak berkaitan sama sekali dengan apa yang dipelajarinya.


2. Firma/Organisasi yang Berkenaan


i.  Setiap syarikat sepatutnya memberikan penerangan tentang tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar.

ii.  Adalah diharapkan supaya pihak firma memberikan tunjuk ajar dan maklumat yang berguna kepada anak buah mereka dan tidak mementingkan organisasinya semata-mata.


iii. Diharapkan supaya pihak firma tidak menyalahgunakan staf praktikal yang akan menjalani latihan di premis             mereka.


iv. Sesetengah syarikat yang memberi tugas di luar bidang pengajian pelajar yang mengakibatkan pelajar tersebut       sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang diberi. Ia juga menyebabkan pelajar gagal untuk memberikan    sepenuh tumpuan dan komitmen terhadap tugasan.
Misteri

KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk semua pelajar Politeknik Balik Pulau. Melalui sesi Latihan Industri, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar juga didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. 

Namun begitu, pelajar itu tidak seharusnya hanya menunggu kerana meraka patut bijak mencari peluang untuk mengutip pengalaman kerana sesuatu itu tidak akan hadir tanpa sebarang usaha.Melalui pengalaman ini,diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjol dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.Sepanjang penulis menjalani latihan industri di Sekolah Kebangsaan taman suria ini, terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan penulis dan orang lain kelak. 

Salah satu perkara yang penulis dapat lalui dalam latihan industri di sekolah ini ialah kebolehan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan orang ramai.Seperti yang dimaklumkan didalam penulisan laporan ini, penulis begitu banyak berkomunikasi berbagai kaum dan bangsa dan penulis juga sudah diterapkan cara-cara berkomunikasi dengan baik. Setiap daripada mereka mahukan yang terbaik daripada sekolah ini. Status pelajar praktikal atau latihan industri ini bukan penghalang dan alasan untuk tidak melakukan suatu tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. 

Selain itu juga pengkongsian pengalaman dan ilmu daripada pelatih pratikal syarikat dan lain-lain yang lebih berpengalaman turut juga ingin membantu. Di sini pelajar dan pelatih menukar idea,ilmu dan pengalaman mereka bagi menyelesaikan sesuatu masalah terutama yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Misteri

MOLD SET UP (NAIK MOLD)

Adib (Juruteknik)


Rahimi (Juruteknik)


Saya diberi peluang untuk belajar cara - cara set up mesin mold dengan pantauan Juruteknik yang berpengalaman.

Set di mesin Mold Set-up Mode dan lampu kuning menyala

Letakkan Mold didalam Mesin menggunakan Hoist

Ikatkan Mold Stationary Platen dan buka Moving Platen

Selaraskan tinggi dan lebar Mold dan Mesin yang sesuai

Rapatkan Moving Platen, ikatkan Mold dengan Moving Platen. 
Keluarkan Safety Straps dan alihkan Hoist

Gerakkan Mold dalam keadaan terbuka

Sambungkan Saluran Hydraulik/Angin, Safety Limit wayar dan Saluran Air.

Sambungkan Power Supply cable dengan Mold Power cable

Arahan pendawaian

Sambungkan salur air di tempat yang betul. Pastikan salur yang dipasang tidak tersumbat

Pastikan salur punca air di buka, Pemanas ditutup, Tiada kebocoran air


Semak semula kedudukan Sprue Bush dan Nozzle mesin. Sprue Bush mesti dalam keadaan baik (TIDAK bocor)

Bersihkan Mold Core dan Cavity dengan menggunakan kain dan Mold Cleaner/IPA 

Masukkan Molding Parameter yang telah ditetap untuk setiap

Sample pertama yang perlu dihantar kepada QC
Misteri

MOLD SET DOWN (TURUN MOLD)

Adib (Juruteknik)


Rahimi (Juruteknik)

Saya diberi peluang untuk belajar cara - cara set up mesin mold dengan pantauan Juruteknik yang berpengalaman.


Hentikan mesin dengan tutup butang di mesin 

Undurkan Barrel dan keluarkan material yang masih tertinggal

Set suhu MTC 30℃ untuk menyejukkan Mold 

Pastikan butang MTC telah di ‘OFF’ .
Tanggalkan semua saluran air ke Mold

Air berlebihan haruslah ditiup sehingga saluran air bersih

Bersihkan permukaan Core and Cavity dengan Anti-Rust agen

Cantumkan Safety Strap antara kedua-dua Mold

Pasangkan cangkuk

Cabut semua Safety Limit Switch kabel daripada Mold.

Tanggalkan semua Mold Clamps daripada Mold Platen Side

Alihkan Mold dari mesin dan hantar ke kawasan Mold Storage

TUJUAN:
  • Untuk menyimbangkan pengeluaran
  • Memasukan Mold yang telah dibaik pulih
  • Mengikut pelan yang dibuat oleh perancang produksi
Misteri

MOLD SERVIS


Aminnudin
(Juruteknik Mold Servis).

Saya diberi peluang untuk belajar cara - cara servis mesin mold dengan pantauan Juruteknik yang berpengalaman.



Langkah - langkah:




1. Mematikan suis mesin


2. Buka pintu


3. Matikan Motor


4. Kain hendaklah di basahkan dengan Mold Spray.


5. Mengelap dibahagian "Slider" dan "Wear Plate".


6. "Guide pin" dan "Angle pin hendaklah disaluti dengan gris.


7. Memeriksa tiub air sekiranya ada kebocoran.


8. Tutup pintu.


TUJUAN:
  • Menjaga kualiti.
  • Mengelakkan bendasing.
  • Menjaga Mold untuk lebih tahan lama.
  • Untuk mencari kerosakkan sambil melihat keadaan Mold.
  • Mengkaji sesuatu Mold itu lebh terperinci semasa menjalankan Mold Servis.

KESAN TIDAK SERVIS MOLD:
  • Mold akan cepat karat.
  • Kualiti tidak baik.
  • Pengeluaran tidak dapat dicapai secara maksimum disebabkan keadaan Mold yang tidak bersih menjadikan Mold berkedaan tidak baik seperti angin tidak keluar dan geseran berlebihan percepatkan keadaan Mold rosak.

Saturday, 16 April 2016

Misteri

MINGGU 16 - MINGGU 20


MINGGU
AKTIVITI
MINGGU 16
/11/2015 HINGGA 27/11/2015

*      Berpengalaman menjadi Juruteknik Mold Servis


MINGGU 17
30/11/2015 HINGGA 4/12/2015

*      Berpengalaman menjadi Juruteknik Set Up Mold




MINGGU 18
7/12/2015 HINGGA 11/12/2015

*      Diberi projek simulasi motor menggunakan autocad. (lakaran 2d)
*      Melukis gear, roda, pengunci aci dan aci


MINGGU 19
14/12/2015 HINGGA 18/12/2015

*      Projek simulasi motor  (lakaran 3d)
*      Menimbulkan lukisan 2d menjadi 3d


MINGGU 20
21/12/2015 HINGGA 25/12/2015

*      Projek simulasi motor 
*      Simulasi gerakan motor